Dear anak mak,
Alhamdulillah, nak. mak dan bapak dah selamat bertunang pada 9 November 2024. Majlis berjalan dengan lancar dan penuh barakah Allah. Syukur, alhamdulillah. Bapak bawa keluarganya, yang baik-baik belaka. Nenek awak sebelah bapak, sarungkan cincin kat jari mak hari tu. Alhamdulillah, muat. Cantik berkilauan cincin tu, nak. Syukur semuanya berjalan dengan lancar pada hari tersebut.
Update on my job seeking pula, mak masih belum bekerja setakat ni, nak. Mak masih menganggur, tapi mak dah attended banyak job interviews dah baru-baru ni, dan ada beberapa interviews ahead in the near future as well, inshaAllah. Semoga mak dapat kerja, tak lama lagi. Mak kesian sangat kat ibu dan ayah mak, kerana mak banyak menyusahkan mereka, especially daripada segi financial. Moga-moga tak lama lagi mak akan dapat pekerjaan, dan dapat meringankan beban ibu dan ayah mak.
Syukur juga, hubungan mak dan bapak awak baik-baik saja sekarang ni. Mak doa dan berharap agar hubungan kami baik-baik saja sentiasa, selamanya, amiin.
Love,
Mak