Dear anak mak,
Awak belum wujud lagi time ni. mak berumur 29 tahun sekarang, pada tahun 2024. Untuk pengetahuan anak mak, mak dah jumpa bapak awak. Actually, we are not married yet. But, bapakmu dah beli cincin tunang untuk mak. Mungkin tahun ni, atau tahun depan kami akan bertunang. Kita tengok dulu tahap kesediaan masing-masing macammana. Mak sayang bapak awak, dan bapak pun sayang mak. Semoga jodoh kami berkekalan, sehingga kahwin, sehingga dapat awak, dan sehingga ke jannah, amiin.
Anakku,
Mak sekarang belum bekerja. Mak dah lama mengganggur, dah lebih setahun. Technically sejak bulan Ogos tahun 2023 mak dah menganggur. Dah 2 kerja mak try, tapi tak menjadi, akhirnya berhenti dalam beberapa hari. Mak tak tahulah nak, kenapa mak tak kuat semangat. Mak created this blog specially untuk anak mak baca suatu hari nanti. Awaklah penyuntik semangat mak, nak. Mak akan cuba sedaya-upaya mak untuk kuatkan semangat, tabahkan diri dalam menempuh dunia yang penuh liku dan cabaran ini. Mak akan cari kerja sampai dapat, dan kerja dengan baik, save duit untuk jaga anak mak nanti bila awak dah lahir. Just for the record, no I am not pregnant right now. Bapak awak dan mak tak pernah do that thing. Kami belum berkahwin, nak. Mak harap lepas kami berkahwin nanti, mak akan dapat awak, anakku. Plan mak ialah lepas mak lahirkan awak, mak nak berehat lebih daripada 3 bulan untuk besarkan awak. Mungkin mak tak nak bekerja selama setahun. Tak tahu lagi lah nak, kita tengok dulu ya. Kalau mak nak plan tu jadi realiti, maksudnya mak kena save banyak duit, nak. Mak teringin nak jaga awak dengan teliti sepanjang setahun tumbesaran awak, nak. Alangkah bestnya jika mak ada privilege untuk berbuat demikian.
Mak harap mak makin hari makin kuat, dengan adanya anak mak dalam ingatan mak mulai sekarang. Awak ada dalam hati mak, nak. Meskipun awak belum wujud, mak dah sayang awak, nak. Semoga kita ketemu suatu hari kelak, anakku. Amiin.
Love,
Mak
No comments:
Post a Comment